disable right click

follow . dashboard

cursor

sparkling cursor

PERSAHABATAN NUMBER GANJIL

Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini. Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.

Contoh : Anda berkawan 3 orang, 5 orang dan seangkatan dengannya.


Selalunya persahabatan begini akan menyebabkan salah seorang akan terasa "tersisih". Kawan yang rasa "tersisih" itu pada awalnya akan rasa "cool" jerr, buat macam tak ada apa apa. Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati, akhirnya yang "tersisih" itu mengundurkan diri, lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut. Kemudian 2 orang kawan itu mungkin akan rasa pelik, hairan dan timbullah persoalan antara mereka........

Contoh :- "asal perangai dia pelik semacam jerr?" , "asal dia tiba tiba nak jauhkan diri dari kita pula?" , "kita ada buat salah ke?"

Antara situasi atau Contoh contoh rasa tersisih :-

1- Kawan yang 2 orang itu saling bercerita tetapi terlupa yang kawan ke 3 itu turut ada sekali 
    (buat macam orang ke 3 itu tidak wujud)
2- Kawan yang 2 orang itu saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing masing, tapi tidak kawan yang ke 3, kalau tahu pun dia akan jadi orang orang yang terakhir akan dapat tahu.

Bila situasi ini terjadi, mula lah kawan yang rasa dirinya "tersisih" merasakan dia tidak lagi diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini. Dia rasa terpinggir. Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 orang kawan itu. Mungkin 2 orang kawan itu tidak perasan yang kawan ke 3 itu merasakan mereka telah "mensisihkan" dia.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat, tetapi tiba tiba muncul watak yang ke "3" atau yang ke "5" yang dikira "satu kepala", maka berlakulah persahabatan yang sedemikian, tetapi lama kelamaan ianya makin pudar. Ia makin pudar mungkin disebabkan keserasian antara 2 orang yang bersahabat lebih lama daripada sahabat yang ke "3" itu. Disebabkan itu sahabat yang ke 3 itu mula merasai dirinya "tersisih".

Kepada Sesiapa Yang Mengalami Situasi Begini :-

Pertama sekali anda kena ingat didalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tidak ada gunanya anda mengasingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan anda yang rasa lebih baik anda mengasingkan diri itu. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tetapi salah anda sendiri !

Anda boleh berbincang dengan mereka tetapi elakkan daripada berbincang 3 orang. 

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak merasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan budi bahasa. Elakkan daripada menyindir, kalau anda rasa takut dan janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia tidak akan membiarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau ingin sahabat kita menghormati perasaan kita. Kita juga harus menghormati perasaan kita sendiri. Kita mestilah tahu sempadan kita, supaya kita tidak melakukan perkara yang memalukan, semata-mata untuk menarik perhatian sahabat kita.

Dalam persahabatan juga kita kenalah ada rasa kepercayaan antara satu sama lain. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka, membuatkan mereka merasa diri mereka istimewa dan mereka akan turut menceritakan hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan memerlukan kawan, orang lain juga memerlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar masalah kawan kita yang dia ingin berkongsi dengan kita. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita, elakkan diri daripada memberikan reaksi seperti :-

"tulahh..."
"hmmm..."
"ouhhh..."
"yealah..."
"iyeeaa..."

dan reaksi-reaksi yang menunjukkan atau membuat sahabat kita merasa yang kita tidak berminat mendengar masalah dia.

Seelok-eloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan lah anda cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik pada mereka. Dengan cara begini, anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda.




No comments:

Post a Comment