disable right click

follow . dashboard

cursor

sparkling cursor

BENDA YANG SENANG DAN BENDA YANG SUSAH

Assalamualaikum, 

Nampak tak tajuk tuh? tajuk atas tuh sebenarnya adalah motivasi untuk diri sendiri. Okay benda yang aku maksud tuh ialah Pahala dan Dosa. Aku ni bukanlah seorang yang warak, tapi teringat apa yang ustaz aku pernah mengajar dulu je. Aku selalu ingat ustaz tuh cakap mudah susah nak dapat pahala dan dosa ni, tapi itu juga yang payah kita nak buat. Kali ni aku rasa nak share jea dekat korang semua, so sesiapa yang rasa apa yang aku tulis ni adalah info yang salah silalah beri teguran dengan cara elok ye dan perbetulkan. Jangan lah tetiba marah aku pula, sebab aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku tahu sahaja, sebab aku ni bukan lah pandai sangat bab agama ni.

okay aku cerita yang SENANG dulu k .

1- SENANG <=> PAHALA

Kalau korang nak tahu lahh kan, Pahala ni sebenarnya senang sangat kita nak dapat. Tapi kenapa susah sangat kita nak cari? Kenapa susah sangat kita nak buat pahala? Kenapa susah sangat kita nak buat perkara yang boleh dapatkan pahala ni? Korang tahu tak pahala ni tersangat lah senang untuk kita perolehi tapi susah sangat nak buat kan. Salah satu cara yang paling senang ialah melalui niat sahaja. Apabila kita berniat untuk melakukan perkara yang baik, kita sudah mendapat pahala. Jikalau kita tunaikan atau melakukan niat baik kita itu kita mendapat pahala lagi. So dekat situ kita dah tahu, kita niat lah untuk melakukan perkara yang baik kerana Allah, itu pun sudah dapatkan pahala. Satu lagi kalau kita risau sebab kita kadang kadang solat tak cukup, tinggal solat apa semua. Tips yang aku boleh kongsikan bersama ialah, kita haruslah membiasakan diri dahulu untuk bangun bagi dan solat subuh. Solat subuh itu adalah Ketua segala solat. Apabila korang dah biasakan diri bangun subuh, percayalah cakap aku, korang akan rasa sayang untuk tinggalkan solat zohor, asar, maghrib dan isyak. Silap silap hari bulan korang teringin nak buat solat sunat selalu. Senangkan dapat pahala? Islam itu sangat lah mudah jangan lah kita susahkan Islam tuh.

2- SUSAH <=> DOSA

Dosa? Dosa adalah suatu perkara yang senang sangat kita nak elak dah susah sangat untuk kita dapat. Tapi dosa juga yang senang kita nak buat kenapa eh? Cuba kitta tengok susah ke senang nak dapat dosa ni. Kalau macam kita niat baik terus dapat pahalakan? Kalau Dosa ni kan, kalau kita niat jahat, kita tak terus dapat dosa tao. bila kita niat benda tak baik tapi tak lakukannya kita akan dapat pahala kerana kita tak teruskan niat jahat kita. Tapi kalau kita niat sahaja kita tak dapat dosa lagi, bila kita lakukan niat jahat kita tuh, baru kita dapat dosa. So susah ke senang kita nak dapatkan dosa tuh? susah kan? Semuanya terletak pada diri kita sendiri je.


Kita boleh mengelak daripada melakukan dosa dengan senangnya malah kita boleh menambahkan pahala dengan mudahnya. So selamat berfikir dan selamat beramal :)